___1001seputaragamaislam.blogspot.com___
Kita sering membaca atau mendengar kuliah tentang
kelebihan dan kebaikan yang bakal diperolehi dengan membaca dan mengamalkan
kandungan Al-Quran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mengetahui
kesan-kesan baik dengan melaksanakan segala kandungan Al-Quran.
Namun sejauh manakah tahap amalan kita terhadap
tuntutan Al-Quran itu dilaksanakan. Sekiranya dikira dengan memberikan
peratusan, angka berapakah yang kita perolehi daripada 100? Sama-samalah kita
menganalisanya.
Disamping kita mengetahui kebaikan dan ganjaran atas segala perbuatan kebaikan dan kebajikan terhadap tuntutan Al-Quran, adalah amat wajar juga untuk kita mengetahui kesan buruk dan bahaya melalaikan atau melupakan Al-Quran. Apatah lagi meninggalkan terus Al-Quran, semoga dijauhkan.
Sebenarnya amat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia sekiranya mereka melupakan atau meninggalkan tuntutan Al-Quran. Kesan bahaya ini mungkin terkena kepada individu, komuniti masyarakat atau negara mengikut keadaan dan peringkat tuntutan Al-Quran itu sendiri.
Disamping kita mengetahui kebaikan dan ganjaran atas segala perbuatan kebaikan dan kebajikan terhadap tuntutan Al-Quran, adalah amat wajar juga untuk kita mengetahui kesan buruk dan bahaya melalaikan atau melupakan Al-Quran. Apatah lagi meninggalkan terus Al-Quran, semoga dijauhkan.
Sebenarnya amat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia sekiranya mereka melupakan atau meninggalkan tuntutan Al-Quran. Kesan bahaya ini mungkin terkena kepada individu, komuniti masyarakat atau negara mengikut keadaan dan peringkat tuntutan Al-Quran itu sendiri.
✔
Kesan kepada individu
1). Buta matahati
Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia di dunia ini. Siapa yang melupakan dan meninggalkannya tidak akan dapat melihat kebenaran Allah kerana matahatinya telah gelap dan ditutupi daripada cahaya kebenaran.
1). Buta matahati
Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia di dunia ini. Siapa yang melupakan dan meninggalkannya tidak akan dapat melihat kebenaran Allah kerana matahatinya telah gelap dan ditutupi daripada cahaya kebenaran.
“Maka tidak pernahkah mereka berjalan
di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat
mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati
yang di dalam dada” [QS. Al-Hajj (22) : ayat 46]
2). Keras
hati
Hati
yang jauh dari petunjuk Allah menjadi keras dan sukar untuk menerima kebenaran
sehingga disifatkan oleh Allah lebih keras daripada batu.
“Belum tibakah waktunya bagi
orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi
kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku)
seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka
melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan ramai diantara
mereka menjadi orang-orang fasik” [QS. Al-Hadid (57)
: ayat 16]
3). Sempit
dada
Apabila
kita bergantung kepada salain Allah (makhluk) maka kita akan bergantung kepada
sesuatu yang lemah dan tidak memiliki apapun. Kita akan merasa sempit apabila bergantung
selain kepada Allah apabila tidak mampu memenuhi kehendak dan keinginan kita.
“Barangsiapa yang dikehendaki Allah
akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima)
Islam. Dan barangsiapa yang dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya
sempit dan sesak,seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah
menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.…” [QS. Al-An’am (6) : ayat 125]
4). Lupa
terhadap diri sendiri
Hubungan
Allah dengan hamba-hambaNya begitu dekat. Apabila hamba dekat kepadaNya maka
Allah lebih dekat lagi. Tetapi apabila hamba melupakan Allah, maka Allah akan
melupakan hambaNya, bahkan menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang
yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri
sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik”
[QS.
Al-Hasyr (59) : 19]
5). Fasiq
Fasiq
merujuk kepada golongan yang keluar dari batasan-batasan yang telah ditentukan
oleh Allah swt. Apabila kita melupakan Al-Quran atau meninggalkannya, maka kita
telah berada di luar batasan Allah swt sedangkan semua itu disebutkan dan
diperingatkan di dalam kitabNya.
“Sesungguhnya Allah tidak segan membuat
perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang
yang beriman, mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang
kafir berkata, “Apa maksud Allah dengan perumpaan ini? Dengan (perumpamaan) itu
banyak orang yang dibiarkanNya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang
diberiNya petunjuk. Tetapi tidak ada yang
Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik” [QS. Al-Baqarah (2)
: ayat 26]
✔
Kesan kepada masyarakat
1. Kehidupan
serba sulit
Allah
swt telah berjanji bahawa siapa yang berpaling dari ajaran yang telah dibawa
oleh nabi saw akan menerima balasan dalam kehidupannya. Kerana petunjuk selain
dari Allah mempunyai kekurangan dalam setiap sisi.
“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sungguh dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta” [QS. Taha (20) : ayat 124]
2). Zalim
dan hina
Apabila
kita lari dari keadilan yang ditunjukkan oleh Allah maka tempat untuk kita
adalah kezaliman kerana kita telah meletakkan sesuatu tidak pada posisi yang
sepatutnya menurut apa yang dikehendaki Allah. Kebergantungan kepada selain
Yang Maha Pencipta iaitu makhluk akan melahirkan kehinaan.
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada
orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia
berpaling darinya? Sungguh, Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang
berdosa”
[QS. As-Sajdah (32) : ayat 22]
3). Nifaq
Nifaq
adalah sifat yang berbahaya bagi masyarakat dan bagi individu tersebut. Hal ini
kerana orang tidak mengetahui mereka dengan baik, kerana pada zahirnya mereka
seperti orang (muslim) lain. Tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam
hati-hati mereka. Rasulullah saw menceritakan sifat atau cirri-ciri nifaq dan
meminta kita menjauhinya.
“Dan apabila dikatakan kepada mereka,
“Marilah (patuh) kepada apa yang telah diturunkan Allah dan (patuh) kepada
Rasul,” (nescaya) engkau (Muhammad) orang munafik menghalangi dengan keras
darimu”
[QS. An-Nisa’(4) : 61]
4). Sesat
Petunjuk
yang diturunkan oleh Allah swt adalah petunjuk yang jelas kebenaran. Dinyatakan
satu persatu oleh Allah swt hakikat-hakikat kebenaran ini dengan bukti-bukti
yang begitu jelas sehingga tidak ada lagi alasan bagi mereka untuk berpaling
setelah mereka mengaku beriman, kecuali keingkaran mereka terhadap hakikat yang
begitu jelas yang terbukti di hadapannya. Inilah yang disebutkan kesesatan yang
nyata.
“Tidakkah engkau (Muhammad) memperhatikan
orang-orang yang mengaku bahawa mereka telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelummu? Tetapi mereka masih inginkan ketetapan hukum kepada
thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut itu. Dan
syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya” [QS.
An-Nisa’ (4) : ayat 60]